Thursday, September 16, 2010

Tabiat kebiasaan yang rahsia akhirnya merosakkan

Tabiat ini sudah tidak menjadi rahsia lagi, dan banyak tersebar pula pada anak-anak belasan tahun dan pemuda pemudi termasuk juga remaj. Punca penyebab utama berlaku penyebaran gejala yang negatif ini di kalangan anak muda-mudi adalah akibat daripada pendedahan fitnah dan penonjolan daripada fesyen-fesyen wanita, pendedahan aurat diri mereka kalau dianggap berpakaian separuh bogel, mendedahkan bentuk badan mereka yang mengharukan di tengah-tengah jalan, di tempat persiaran, tempat tumpuan orang ramai berhimpun termasuk pusat-pusat jual beli dan di mana sahaja. Inilah bahaya yang sengaja diadakan malah sengaja untuk mengundang kepada kerosakan yang memakan diri sendiri dan orang lain.

Adapun begitu ia seolah-olah menjadi satu kebiasaan dalam menarik perhatian serta menambah kepada galakan orang ramai seperti di iklan-iklan media cetak malah media siber seperti di televisyen, internet, drama-drama yang menjadi tontonan serta filem-filem. Maka yang dilihat sekarang ni ia sangat dahsyat malah ada di antara mereka berbangga dengan adegan serta berusaha memastikan ia menjadi satu kebanggaan utama dalam mengejar populariti. Tayangan yang menceritakan soal cinta murahan, cerita lucah dan seks yang demikian akhirnya memberikan kesan terhadap kesihatan jiwa, akal dan moral manusia. Bagaimana pertimbangan manusia hari ni ? Kalau dilihat sejarah tanah melayu dikenali sebagai masyarakat yang mengamalkan budaya adab sopan tatasusila yang sangat tinggi. Kenapa hari ni ia nya telah bertukar dan ia seolah-olah telah hilang di mamah bumi dan di mamah masa ?

Apa yang dilihat hari ni ? Segala macam boleh kita boleh perhatikan .. ada mereka sengaja menontonkan akan segala yang mereka ada sehingga menaikkan nafsu seks orang yang melihatnya, mencacatkan harga diri, penghormatan malah membunuh maruah dan semangat mereka. Kalau dinilai semua gejala-gejala ini lah yang boleh merosakkan para pemuda-pemudi, boleh membuka kepada jalan-jalan dan pintu penzinaan serta maksiat kecil mahupun maksiat besar yang secara keseluruhan akan membuah dalam naluri dan lubuk keinginan hati yang akan membawa kepada kehinaan yang nyata..

Anak-anak muda harin ni jika tidak mempunyai perasaan pencegahan diri daripada larangan-larangan Allah, dan perasaan takut kepada Allah yang boleh memeliharanya, dan tidak menghiraukan kepada akibat-akibat yang dapat menghalangnya daripada dosa, maka dia tidak syak lagi akan terjerumus  ke dalam dua perkara yang tidak ada tiganya :

1. Sama ada dia memuaskan tuntutan seksnya pada yang haram.
2. Dia akan meringankan tekanan seks itu dengan kebiasaany yang dirahsiakan (merancap).

Yang ringan antara dua bahaya ini ketara sekali, dan tetap akan berlaku ke atas jasmani, keturunan, akal, dan kesihatan jiwa.

Tuesday, January 26, 2010

:: Renungan Bersama ::

Jalan ke Syurga Penuh Duri

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga adalah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba yang bertaqwa dan beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan Rasul serta menjauhi segala bentuk larangan-Nya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang perlu dibina dengan asas keimanan yang kukuh dan utuh terhadap maha pencipta iaitu Allah S.W.T. Sudah tentu bagi mereka yang mengerjakan ibadah kewajipan seperti solah, zakat, puasa dan haji amat payah kecuali mereka yang yakin dan beriman kepada Allah dengan sepenuh hati. Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Diri perlu dilengkapkan dengan ciri-ciri seorang yang sentiasa bermujahadah dalam melawan hawa nafsu. Nabi juga pernah bersabda dalam hadis yang lain, baginda mengatakan jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Kebanyakan manusia mudah sekali tewas dengan hawa nafsu yang membawa ke arah kejahatan. Ada juga yang mengalah terlebih dahulu dan terus tunduk akan keinginan nafsu yang akhirnya membinasakan diri sendiri. Syaitan tidak pernah berasa jemu untuk menggoda kita malah nafsu juga tidak pernah berasa puas tetapi menjadikan kita begitu seronok dan hanyut sehingga lupa diri.

Jika kita turuti segala kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan. Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.
Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulanglah kepada kita hendak memilih jalan yang mana hendak kita turuti. Tepuk dada tanya iman dalam diri bukan tanya selera yang memang sentiasa suka kepada kehendak nafsu.

Sebenarnya tidak begitu susah hendak tergolong dikalangan yang layak untuk ke syurga tetapi ada jalannya yang perlu dituruti. Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali orang yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit atau gunung yang tinggi hanya orang yang lasak sahaja Berjaya sampai ke puncak.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi passport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.
Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal sahaja yang memililh kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sedikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tidak perasan sebenarnya kita berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawasi daripada serangan penyakit batin seperti ujub, riak, bongkak, sombong dan dengki yang secara tersiratnya akan merosakkan amalan. Di sinilah peranan ilmu tasawuf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan. Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingatkan kepada kita. Jika Allah tidak menggerakkan kita untuk beramal, kita tidak akan berama. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan menyangka kita yang beramal tetapi Allah yang menggerakkan kita untuk beramal. Jadi soal pahala tidak timbul. Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana Allah gerakkan kita untuk beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi dengan pesanan Nabi SAW “Jalan ke syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke neraka pula dikelilingi dengan nafsu syahwat”. Oleh itu utamakanlah kepayahan keranan itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat keranan itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam.
 

My Blog List

Followers

The Soldier Of Allah Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template